Saturday 2 July 2011

BAB 5: Pam Air

 KEGUNAAN DAN BAHAGIAN UTAMA PAM AIR


5.1.1    KEGUNAAN PAM AIR
            Pam biasanya digunakan bagi meningkatkan tekanan sistem supaya bendalir
sistem tersebut dapat dipindahkan ke satu bahagian yang lain. Contohnya :
§  Dari perigi ke paras mukabumi
§  Dari sungai ke rumah
§  Lombong pam
Pam hanya digunakan bagi menghantar bekalan bendalir dari satu kawasan yang
rendah ke mana – mana kawasan yang lebih tinggi. Jika penggunaannya adalah dari kawasan tinggi ke kawasan yang lebih rendah, pam tidak perlu digunakan. Dalam erti kata lain, ia merupakan suatu peranti mekanikal yang digunakan untuk menambahkan tenaga cecair supaya bergerak.
            Pam biasanya dijalankan oleh dua punca yang asas iaitu :
  1. Pacuan enjin
  2. Pacuan terus ( Motor Elektrik Gabungan Terus)

1.         Digunakan untuk memindahkan cecair dari paras yang rendah ke paras yang lebih
  tinggi.


2.         Ia boleh menggerakkan cecair dari kawasan yang mempunyai tekanan yang rendah ke kawasan yang mempunyai tekanan yang tinggi.



3.         Lebih banyak cecair yang boleh digerakkan olehnya dalam satu sela masa yang ditentukan dan ia bergantung kepada kadar alir yang dikehendaki.




5.1.2    BAHAGIAN UTAMA PAM AIR


Bagi menghasilkan kecekapan yang baik, adalah penting bagi memastikan komponennya berada dalam keadaan yang elok. Jadi untuk itu, kita perlu mengenali secara lebih dekat lagi akan nama dan juga kendalian komponen – komponen.
            Secara umumnya pam air terdiri daripada :
  • Perumah (casing)
  • Impeller
  • Stuffing atau seal box