Friday 2 September 2011

BAB 6: Enjin Pembakaran Dalam part1



6.1       PENGKELASAN ENJIN PEMBAKARAN DALAM

-          Mengikut Jenis Bahanapi
Dikelaskan mengikut jenis bahanapi yang digunakan bagi membolehkan sesuatu enjin itu hidup secara berterusan. Jenis bahanapi yang digunakan ialah:
      - petrol
      - diesel
      - gas

-          Mengikut jenis pembakaran/pencucuhan
Menjelaskan bagaimana campuran udara di dalam silinder itu dapat dibakar. Terbahagi kepada 2 iaitu:

  • Nyalaan  bunga api-Petrol
Digunakan untuk enjin petrol dimana ia menggunakan palam pencucuh bagi menyalakan campuran bahanapi di dalam kebuk pembakaran. Nisbah mampatan bagi enjin jenis ini adalah antara 10 hingga 13

  • Nyalaan mampatan – Diesel
Digunakan untuk enjin diesel dimana ia menggunakan pemancit/injector bagi menyemburkan bahanapi dengan campuran udara dan bahanapi dalam kebuk pembakaran dibakar oleh kepanasan mampatan. Haba yang dijanakan daripada mampatan udara yang tinggi sudah mencukupi untukmencucuh bahanapi yang dipancit. Nisbah mampatan mencapai sehingga angka 30.

  • Mengikut Kitaran Lejang
Terdapat 2 jenis kitaran lejang iaitu:
i)                    Kitaran 2 lejang
ii)                  Kitaran 4 lejang

Kitaran adalah dikaitkan dengan bahagian pergerakan atau salingan omboh piston dalam satu kuasa (Power Stroke)
Enjin kitaran 4 lejang memerlukan empat lejang omboh dan  melalui dua pusingan lengkap aci lengkap untuk melalukan lejang masukan, mampatan, kuasa dan ekzos yang perlu dilalui oleh setiap omboh untukmelakukan satu kitaran lengkap semasa enjin beroperasi.oleh itu setiap silinder akan memberi lejang kuasa pada setiap dua putaran aci engkol.  

Jika diambilkira sifat-sifat perbezaan sesebuah enjin dari segi pembinaan atau reka bentuknya maka ianya boleh dibahagikan pengkelasan kepada banyak kriteria antaranya ialah:
i)                    Mengikut bilangan atau sususan silinder
ii)                  Mengikut aturan letupan
iii)                Mengikut system penyejukan
iv)                Mengikut system pelinciran
v)                  Mengikut system penyalaan