1.2 DANDANG
Dandang adalah satu bekas tertutup yang diisikan air supaya boleh bertukar kepada stim apabila haba yang secukupnya dibekalkan dan seterusnya dapat menjalankan turbin stim, pam stim atau kerja pemprosesan dengan selamat. Terdapat dua jenis dandang iaitu:
1. Dandang Tiub Api
- Dandang Tiub Pugak
- Dandang Tiub Mendatar
2. Dandang Tiub Air
- Dandang Tiub Lurus
- Dandang Tiub Bengkok
1.2.1 DANDANG TIUB API
1.2.2 BINAAN DANDANG TIUB API
1. Dandang Tiub Pugak (Menegak)
Dandang ini terdiri daripada kelompang bulat tegak dimana terdapat relau. Tiub-tiub tegak akan menyambungkan relau dengan kepingan tiub yang terletak di sebelah atas. Hujung sebelah atas tiub tegak akan dipasang kukuh pada kepingan tiub supaya tidak berlaku kebocoran. Terdapat dua jenis susunan tiub iaitu tiub terdedah dan tiub tenggelam.
2. Dandang Tiub Mendatar
Dandang ini mempunyai tiub-tiub lurus yang berkeadaan ufuk. Pembakaran berlaku di luar dandang kerana kelompangnya terletak diluar dan di kelilingi oleh binaan susunan bata. Gas pembakaran yang panas akan membuat dua laluan ketika mengalir dari relau ke bahagian cerobong dandang.
Laluan pertama berlaku di bawah kelompang semasa gas mengalir menuju ke dinding belakang dinding. Ini akan menyebabkan gas terbakar yang bertekanan tinggi itu berpatah balik untuk membuat laluan kedua atau ketiga menerusi tiub-tiub api menuju ke bahagian cerobong dandang.
Paras air dalam dandang lebih tinggi dari permukaan tiub-tiub api yang paling atas supaya tiub-tiub ini tidak menjadi panas lampau semasa dandang beroperasi.
1.2.3 OPERASI DANDANG
- Pembakaran berlaku di luar dandang kerana kelompangnya terletak di luar dan dikelilingi oleh binaan susunan bata.
- Gas pembakaran yang panas akan membuat dua laluan ketika mengalir dari relau ke bahagian cerobong dandang.
- Laluan pertama berlaku di bawah kelompang semasa gas mengalir menuju ke dinding belakang dandang.
- Ini akan menyebabkan gas terbakar yang bertekanan tinggi itu berpatah balik untuk membuat laluan kedua atau ketiga menerusi tiub-tiub api menuju ke bahagian cerobong dandang.
- Paras air dalam dandang lebih tinggi dari permukaan tiub-tiub api yang paling atas supaya tiub-tiub ini tidak menjadipanas lampau semasa dandang beroperasi.
1.2.4 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN DANDANG TIUB API
Kelebihan dandang tiub api :
- Pembinaan dandang murah
- Kos permulaan adalah agak rendah
- Kendalian yang mudah
- Dapat menghasilkan stim dengan lebih cepat
Kekurangan dandang tiub api :
- Enapan dan sisik yang keras sukar ditanggalkan dari permukaan tiub.
- Merbahaya jika plat rangka mengalami panas lampau jika sisik tebal dan enapan serta lumpur terkumpul pada plat.
- Tidak sesuai bagi tekanan dandang yang melebihi 50 bar.
1.2.5 DANDANG TIUB AIR
1.2.6 BINAAN DANDANG TIUB AIR
1. Dandang Tiub Lurus
Dandang ini mempunyai rangkaian tiub lurus yang dipasang secara condong
antara dua ruang tumpu (headers) iaitu terdapat satu ruang tumpu di setiap hujung rangkaian tiub.
Ini membolehkan air mengalir/beredar dengan lebih cekap dan berkesan dalam tiub. Kedua-dua ruang tumpu disambngkan ke gelendung stim yang dipasang pada sebelah atas dandang. Gelendung boleh jadi sama arah dengan rangkaian tiub atau merentangi tiub.
Pembakaran bahanapi,gas, pepejal atau minyak akan berlaku dalam relau pada bahagian bawah dandang. Gas panas akan mengalir di sekeliling rangkaian tiub air. Haba dipindahkan kepada air melalui dinding tiub. Stim akan dikumpulkan dalam gelendung stim sebelum dihantar ke tempat penggunaanya.
2. Dandang Tiub Air Bengkok Dua Gelendong
Dandang ini mempunyai dua gelendong di sebelah atas yang dikenali sebagai gelendong stim dan bawah dikenali sebagai air.
Kedua-dua gelendung disambungkan dengan rangkaian tub bengkok dan ruang tumpu. Air memenuhi tiub-tiub dandang sehingga mengisi separuh daripada gelendong stim. Separuh lagi bahagian atas gelendong stim digunakan sebagai ruangan stim. Relau dikelilingi sepenuhnya oleh tiub-tiub air dan relau seperti ini dikenali sebagai relau penyejukkan air.
Tiub pemanas lampau digunakan untuk meningkatkan suhu stim setelah keluar daripada gelendong stim. Setelah melalui tiub-tiub pemanas lampau, suhu stim akan melebihi suhu didih pada tekanan berkenaan.
1.2.7 OPERASI DANDANG
- Pembakaran bahanapi, gas, pepejal atau minyak akan berlaku dalam relau pada bahagian bawah dandang.
- Gas panas akan mengalir di sekeliling rangkaian tiub air.
- Haba dipindahkan kepada air melalui dinding tiub.
- Stim akan dikumpulkan dalam gelendung stim sebelum dihantar ke tempat penggunaannya.
1.2.8 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN DANDANG TIUB AIR
Kelebihan dandang tiub air :
§ Cepat menghasilkan stim
§ Peredaran air adalah lebih baik
§ Permukaan pemanasan adalah lebih luas
§ Kerja penyelenggaraan senang dijalankan
§ Sesuai untuk stim bertekanan tinggi
§ Kurang bahaya letupan
§ Sesuai untuk keadaan stim yang berubah-ubah
Kekurangan dandang tiub air :
§ Harga yang lebih mahal
§ Dandang lebih tinggi
§ Air hendaklah sentiasa dirawat
No comments:
Post a Comment