Wednesday, 4 July 2012

Bab 6: Enjin Pembakaran Dalam part2

6.2       ENJIN KITAR 4 LEJANG DAN 2 LEJANG

ENJIN 2-LEJANG

KEBAIKAN
  • Kuasa keluaran adalah 50%  hingga 80% lebih dari enjin petrol
  • Kos pemulihan adalah lebih rendah
  • Kurang kompenan utama yang bergerak
  • Tork enjin adalah seragam
  • Lebih ringan dan padat

KEBURUKAN
  • Pembaziran bahan api
  • Pembuangan gas ekzos adalah tidak sempurna yang mana akan terdapat saki-bakinya dan tidak akan menyebabkan pembakaran yang sempurna bagi kitaran seterusnya.
  • Pencemaran yang teruk akibat pembakaran yang tidak sempurna dan juga pembaziran bahanapi (2T)
  • Enjin cepat mengalami panas lampau
ENJIN 4 LEJANG

KEBAIKAN
  • Kelajuan piston yang tinggi
  • Piston lebih sejuk
  • Tidak ada pembaziran bahanapi melalui ekzos

KEBURUKAN
  • Rekabentuk adalah rumit
  • Kompenan utama yang begerak adalah lebih banyak
  • Keluaran tork adalah tidak begitu stabil kerana piston perlu turun naik sebanyak empat kali. Ianya akan stabil jika digunakan silinder yang lebih dari satu.
  • Enjin lebih berat
  • Memerlukan senggaraan yang lebih baik
ENJIN PETROL (4 LEJANG)

KEBAIKAN
  • Paras bahanapi tidak perlu diawasi
  • Tidak perlu dijujus
  • Asap tidak hitam
  • Hanya satu filter atau tiada langsung
  • Jika bocor akan terpeluwap

KEBURUKAN
  • Nilai tork yang rendah
  • Bahanapi yang mahal
  • Kandungan karbon monoksida yang tinggi


ENJIN DIESEL (4 LEJANG)

KEBAIKAN
  • Nilai tork yang lebih tinggi pada kelajuan yang sama berbanding dengan enjin lain
  • Bahanapinya adalah agak murah
  • Gas ekzos yang dikeluarkan adalah kurang merbahaya keran kandungan CO nya adalah rendah
  • Boleh dihidupkan dengan cara “TOLAK” walaupun cas bateri habis
  • Tidak memerlukan pengawasan yang teperinci

KEBURUKAN
  • Paras bahanapi perlu pengawasan
  • Perlu dilakukan penjujukan jika kehabisan
  • Asap yang hitam dan pencemaran yang agak banyak
  • Bahanapi mestilah dipastikan supaya benar-benar ditapis bagi mengelakkan kerosakan pada “injector”
  • Enjin akan nampak kotor jika berlaku kebocoran bahanapi kerana ianya tidak mudah terpeluwap seperti petrol


No comments:

Post a Comment